CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, 6 Ogos 2009

Dia??? 1


Seperti biasa, sebelum cuti pertengahan tahun, aku akan bertolak dari rumah pada pukul 7.25 pagi. Walaupun perhimpunan pagi mula pada pukul 7.30 pagi. Sejak aku tingkatan 4 nie… aku sudah terbiasa datang lewat. Kalau tahun lepas… aku antara yang datang awal didalam kelas. Siap pegang anak kunci kelas lagi. Aku tak tahu sebab apa sekarang nie aku sering datang lewat. Mungkin aku tak ada semangat nak datang awal, mungkin sebab Akip pindah… aku dah lama sukakan dia. Sejak tingkatan 1 lagi. Tapi, sebab dia ramai gak la minat kat dia. Aku hanya pendamkan perasaan aku nie. Lagipun dia sudah ada awek. Tapi, tingkatan 3 diorang sudah putus. Aku pun tak tahu sebab apa. Tapi aku masih pendamkan perasaan tersebut.

Dia pindah sebab dia nak ambil aliran sains. Sekolah aku tak ada aliran sains. Itupasal dia nak pindah. Ikutkan hati aku nie. Nak jer ikut pindah. Tapi disebabkan keputusan PMR aku nie cukup-cukup makan dan aku nie memang tak minat aliran sains, aku tak jadi nak ikut dia pindah huhuhu. Sudah hampir 6 bulan dia pindah. Sebelum nie, kitorang ada gak berhubung melalui sms n chatting. Tapi, cuti pertengahan tahun nie. Kitorang dah tak berhubung. Lagipun aku ambil keputusan nak lupakan dia. Dan aku hampir berjaya juga. Yes!

Aduh… aku nie masih ingatkan dia lah pula. Aku perlu segera sampai di sekolah. Aku lihat jam di tangan aku, 3 minit lagi pukul 7.30 pagi. Tiba-tiba aku terpandang seorang mamat nie. Mamat nie tengah jalan kaki. Dia berpakaian sekolah. Yang pasti dia bukan satu sekolah dengan aku. Sebab jalan kami tak sehaluan. Tapi aku tak beberapa jelas tengok muka dia. Sebab aku nie rabun jauh. Aku tak beberapa suka pakai cermin mata. Waktu belajar jer aku akan pakai, itupun kalau tak nampak apa yang cikgu tulis la. Oleh sebab aku nie asyik tengok dia… sampai dia perasan yang aku tengok dia, dan dia segera tengok kiri dia. Sebab aku sebelah kanan dia. Aku tersenyum bila ingat kan perbuatan aku.

Sebaik sahaja aku tiba di sekolah,aku letakkan beg di luar makmal sains, aku segera masuk barisan. Setelah tamat perhimpuan pagi itu. Aku masuk ke kelas. Sebaik sahaja aku letak beg kat kerusi. Aku segera pergi ke meja Dayah.

“Dayah, ada tak orang pindah masuk kuartes guru pada cuti pertengahan tahun?”

“apasal?”tanya dia tanpa jawab soalan aku.

“aku tanya ada atau tak?”soal aku lagi

“kalau tak silap aku… ada. Apasal?”

“sebab,waktu aku nak datang sekolah…” aku pun ceritalah kejadian tadi. Sampai guru akaun aku masuk kekelas.

Sedang aku asyik mendengar penerangan cikgu akaun aku. Kitorang diganggu dengan Cikgu Shima. Dibelakang dia, ada pelajar baru. Cerah dan pakai cermin mata. Aduh… apasal lah aku nie mudah sangat suka kat orang. Lepas nie mesti ramai minat kat pelajar baru nie. Tapi… aku tengok mamat nie macam…. Macam mana aku nak terangkan. Nak kata macam sombong pun ya, nak kata tak macam sombong pun ya. Erm… entah lah. Baik kau jangan ambil tahu sangat.

“hari nie kamu semua ada kawan baru… kenalkan diri”kata cikgu akaun aku,iaitu Cikgu Amiza.

“nama saya, Fahrin Iqram. Panggil saya Iqram. Saya pindah ke sekolah ini sebab ayah saya ditukar kesini. Sebelum ini saya bersekolah di Kuala Lumpur” Iqram memandang Cikgu Amiza.

“ada meja kosong tak?”tanya Cikgu Amiza. Aku memandang meja di sebelah kiri aku. Sebab meja tersebut semamangnya kosong. Sejak Akip pindah sekolah lain. Aku harap sangat yang Iqram tidak duduk tempat Akip. Amin…

“ada, Cikgu. Belakang saya Cikgu” kata Zamzuri. Hampeh punya pakwe Syamimi. Apasallah kau bagitau kat cikgu, mangkuk sungguhlah kau nie Zam.

“baiklah, aku duduk disitu” cikgu mulakan semula pelajaran yang tertangguh sebentar tadi. Hati saya memandang Iqram duduk ditempat Akip. Ops.. ex-tempat duduk Akip. Tiba-tiba Iqram memandang kearah aku. Aku terpegun melihat dia. Aku terus melihat dia tanpa berkelip mata, hinggalah Aiza menegur akan perbuatan aku. Aku segera menumpu perhatian, hingga habis pelajaran akaun.


Seperti aku fikirkan… ramai datang berdiri sebelah aku.. ops.. bukan sebelah aku, tapi sebelah Iqram hingga menganggu aku membuat latihan akaun yang tidak habis sebentar tadi. Adus… bisinglah diorang nie. Macam budak sekolah rendah jer. Aku segera keluar kelas dan pergi ke tandas. Aku segera basuh muka. Entah kenapa… rasa macam nak demam jer. Tidak sampai 5 minit ditandas, aku terus balik ke kelas. Setibanya aku dikelas, Cikgu zairol sudah mula mengajar. Sebelum masuk, aku ketuk pintu dan memberi salam, lalu kududuk ditempat dudukku. Semasa Cikgu zairol mengajar matamatik, perut aku berbunyi. Aduh…. Kuat jugalah bunyi, hingga menyebabkan Aiza di sebelah aku tergelak. Aku juga ikut tergelak bagi menutup malu. Tiba-tiba ada sorang panggil aku. Aku menoleh belakang. Tetapi bukan Shuhada yang panggil. Shuhada memandang Iqram. Aku pon turut memandang Iqram.

“kenapa?”tanyaku padanya.

“ambillah. Saya beli dekat kedai tadi”katanya sambil memberi aku beberapa biji kuih. Aku memandang kearahnya tanpa mengambil.

“terima kasih jer”kataku. Konon-konan cuba menolak, padahal dalam hati nak sanggat.
“tak apa, ambillah”oleh sebab aku betul-betul lapar. Aku ambil juga dan aku tak lupa untuk mengucap terima kasih. Tidak sampai 5 minit. Kuih tersebut sudah masuk kedalam perut aku. Aku memang selamba makan kat dalam kelas. Lagipun… Cikgu Zairol nie okey jer. Tanpa aku sedar yang Si Iqram memandang kearah aku.




0 ulasan: