CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 11 Ogos 2009

Dia??? 3

“cepatlah, aku nak balik cepat nie”kataku pada Syamimi. Aku, Shuhada dan Syamimi sememangnya pulang bersama-sama, kerana kami mengunakan kenderaan yang sama jenis, iaitu basikal. Shuhada sudah lama berdiri disebelah aku. Zamzuri sibuk berkemas, Tarmizi, dok usya Shuhada . Iqram?? Entah kemana hilangnya.

“kau nie apasal nak balik awal? Jum lah kita lepak dulu kat perpustakaan”kata Syamimi. Syamimi nie mesti nak berdating dengan Zamzuri. Hampeh sungguh punya kawan. Aku sudah lah rasa letih semacam jer nie. Nak kata tak makna. Memang dah makan, bukan sedikit, tapi banyak gak la. Entah kenapa hari nie aku makan banyak sangat. Tiba-tiba Iqram masuk kekelas.

“jum la, aku rasa letih semacam jer hari nie”kataku. Iqram memandang aku. Aku pula… buat dek jer. Tak sampai seminit, Shahirah berada di hadapan Iqram. Tergedik-gedik betullah minah nie.

“Iqram, you balik dengan siapa?”tanya Shahirah pada Iqram, perlahan. Aku pula, nak termuntah ayat yang digunakan oleh Shahirah. Tapi aku tak muntah pun, tapi nak ketawa pula, bukan nak.. tapi sudah ketawa pun. Hehehe huhuhu hahaha semua adalah. Yang ada dalam kelas, semua tengok aku. Yer la.. pelik semacam minah nie tiba-tiba ketawa. Aku memang tak tahu malu sikit. Shuhada juga tergelak, sebab dia pasti dengar ayat yang digunakan oleh Shahirah.

“Shuhada, I balik dulu yer”konon aku nak balik lah…

“ala… you nie.. janganlah balik lagi, nanti I nak balik dengan siapa? Kalau you balik, nanti I kena balik dengan Tarmizi. Tak nak lah I”aku tahu yang Shuhada tahu makna disebalik kata-kata aku tadi. Iaitu nak perli Shahirah. Syamimi, Zamzuri dan Tarmizi pelik drama kami berdua. Dan aku juga dapat nampak riak terkejut dekat Tarmizi, sebab gadis yang dia asyik usya sebut namanya. Iqram dan Shahirah juga terkejut + pelik + hairan +menyampah +… macam-macam lagilah terutama Shahirah

“ala you nie Shuhada, you kan boleh balik dengan Syamimi”

“ala… tak best lah kalau I balik sorang jer ngan Syamimi”

“hei, korang apasal korang nie asyik sanggat ber I, You nie??”tanya Syamimi hairan.

“sajajer, I teringin nak cakap ala-ala org dewasa. Betulkan Shuhada?”

“betul kata you tu, entah kenapa tiba-tiba je I nak lupakan ala-ala cakapan orang utara iaitu aku, hanq, kau ”

“sudah-sudah, naik pening aku dengan korang berdua nie. Jom kita balik lah. Tadi nak sangat balik”kata Syamimi

“ala yo...”belum sempat aku habis kata, ada sorang minah KL nie potong

“kau nie apasal??”tanya Shahirah. Aku tersenyum..

“apasal apa?”aku buat-buat tak tahu pula

“kau sajakan nak bermainkan aku?”

“mana ada sebarang alat bermainan pun nak bermain dengan you lah. I pun tak teringin nak bermain dengan you lah Shahirah. Lagipun I sibuk bercakap dengan Shuhada dari tadi. You tak perasan ker?”

“betul lah kata Dania, I dengan Dania sibuk berbual. Atau you nak join sekali dengan Dania and I?”kata Shuhada.


“kalau I nak join boleh tak?”tanya Tarmizi tiba-tiba

“boleh…”kata Shuhada. Tarmizi tersenyum”boleh blah”sambung Shuhada. Yang dengar kata-kata Shuhada terus tergelak, termasuk aku kecuali Shahirah.

“jom lah kita balik”aku, Syamimi dan Shuhada terus tinggalkan kelas.

“apasal korang berdua ber I you tadi?”soal Syamimi

“sajajer”kataku

“takkan sajajer. Mesti ada sebab, yer la… dulu bukan ker kau cakap nak loya bila dengar orang bercakap ber I you lah. Tapi.. hari nie apasal kau ber I You?”aku tersenyum. Malas nak citer. Aku diam je..

“sebenarnya… Shahirah tanya dekat Iqram ‘Iqram, you balik dengan siapa’ itu pasallah Shahirah kata Dania bermainkan dia”terang Shuhada

“owh.. patutlah Shahirah marah”

“lantaklah diorang, jum la”aku mepecepatkan langkah.

0 ulasan: