CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 11 Disember 2009

Dia??? 8

“aku tengok kau seminggu dua nie, kau asyik termenung sahaja. kenapa?”soal Aiza semasa kami menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Zairol.

“tak ada apa-apalah. Aku ok jer. Kau jangan risaulah”kataku. Aku cuba terselindung, padahal dalam hati aku berfikir sesuatu hingga menganggu fikiran aku jugalah. Iaitu aku tidak dapat lupakan Akip. wahai hati, kenapalah kau susah sangat nak lupakan Si Akip tu?? ‘sebab kau sayangkan Akip’ jawab si hati. Cis.. bukan hati aku yang jawab, tapi aku yang jawab sendiri. Boleh blah kau nie Dania. Ya Allah mudahkanlah aku melupaknya jikalau dia bukan untukku. Amin.

“kau tak nak keluar rehat ke?”soal Syamimi padaku. Aik? Mana Aiza? Tadi bukan dia ada disebelah aku ke? Aku mencari Aiza, tapi tiada.

“kau cari apa?”soal Shuhada apabila melihat aku tercari-cari

“Aiza”jawabku jujur

“dia dah pergi kantin”jawab Syamimi. La… masa bila dia pergi kantin? Arh.. biarkan lah. Aku mengikut Shuhada dan Syamimi pergi kantin. Sebaik sahaja sampai di kantin, aku segera membeli roti jagung. Entah kenapa aku tidak selera hendak makan. Aku hanya memandang Shuhada dan Syamimi makan nasi ayam.

“kamu tak makan nasi, Dania?”tanya seseorang. Aku segera memandang orang tersebut. Aku senyum sahaja.

“saya tak beberapa selera nak makan Cikgu”kataku pada Cikgu Alex. Cikgu Alex menarik kerusi di hadapanku, lalu dia duduk.

“kenapa sejak- sejak ini, cikgu tengok kamu kurang semangat sahaja. kenapa? Kamu ada masalah ke?”soal Cikgu Alex ingin tahu. Aku diam sebentar sebelum aku menjawab.

“tak ada sebarang masalah cikgu. Saya ok je”jawabku

“baguslah kalau tak ada masalah. Kalau ada masalah, kamu boleh datang berjumpa cikgu. Manalah tahu cikgu boleh tolong”cadangnya. kalau aku citer dekat Cikgu pon. taktentu lagi cikgu boleh tolong

“kalau saya ada sebarang masalah, insyaAllah saya datang jumpa cikgu”kataku. Cikgu Alex bangun.

“baguslah macam itu, cikgu pergi dulu” Cikgu Alex pergi tinggalkan aku, Shuhada dan Syamimi. Sejak Cikgu Alex tegur aku, Syamimi dan Shuhada hanya diam sahaja. tak menyampuk langsung. Takkan bisu kawan-kawan kesayangku ini.

“korang berdua nie apasal? Diam dari tadi je”tanyaku pada mereka. mereka hanya senyum sahaja. apasal dengan diorang nie??? takkan kena rasuk dengan hantu senyum kot

“kitorang malas nak menyampuk. Karang kitorang ganggu pula”kata Syamimi. yang si Shuhada nie ketawa bila Syamimi cakap begitu. lucuker?? hairan aku dengan perangai diorang nie

“nak menganggu apa bendanya. Tak ganggu langsunglah. Korang dah habis makan, kan? Jom masuk kelas. Sudahlah sekejap lagi Cikgu Fazlina masuk"malas nak layan dua orang manusia nie.

Hari ini aku tiba dirumah agak lewat berbanding sebelum ini. Kerana kau perlu menolong Cikgu Fazlina. Sebaik sahaja aku tiba di rumah, aku solat asar. Sebaik sahaja aku selesai solat asar, aku membuka komputer dan online ym aku. Sudah lama aku tidak membuka ym aku. Di ym, aku sering chatting dengan kawan-kawan siber. Terutamanya dengan d_b. aku suka chat denganya. Yang aku tahu tentang dia ialah, dia asal Melaka. umur sama denganku iaitu 16 tahun. Dia lelaki. Namanya?? Aku juga tak tahu. Pernah juga aku tanya namanya. Tapi dia kata, lebih baik kita tak kenal seseorang terutama di dunia siber, sebab apabila tak kenal kita taklah malu untuk berkongsi masalah. Kata dialah. Aku pon tak tahu sangat. Tapi bila fikir-fikir balik, betul juga kata dia. biarlah. Setiap individu mesti ada pendapat masing-masing, kan? Aku lihat dia on9.

aya_112:Salam

d_b: wasalam. Apa khabar??

aya_112:aku baik je, kau??

d_b:macam kau juga, alhamdulilah, sentiasa sihat. Lama kau tak on9… hilang kemana??

aya_112:tak hilang kemana pon. Cuma aku bz sikit je.

d_b:owh… bz sebab apa??

aya_112:sekolah lah… banyak giler kerja sekolah yang cikgu bagi. Naik pening juga aku. Kalau soalan senang, takpelah juga, nie… susah nak mampus.

d_b:biasalah, nama pon KERJA SEKOLAH

aya_112:memanglah. Tapi janglah banyak sanggat. tak larak aku nak buat

d_b:kau tinggal kat kedah kan??

aya_112:yup.. apasal??

d_b:takdelah. Aku sekarang nie tinggal di kedah juga

aya_112:owh… yer jer?? tak citer pon

d_b:macam mana nak citer, kau tak online.

aya_112:ops.. terlupa. Apasal kau boleh sesat di kedah nie??

d_b:sebab aku terpaksalah. Mak dan ayah aku ditukarkan kesini

aya_112:owh… sejak bila kau pindah ??

d_b:baru je, minggu lepas.

aya_112:owh… amacam tinggal kat kedah?? Ok ker ko??

d_b:ok lah juga.

aya_112:ok lah juga??? Apasal??

d_b:tak de pape lah..

aya_112:macam tak best je pindah ke kedah

d_b:takde lah cam tu, Cuma aku selalu ingat kat kawan-kawan aku di Melaka je.

aya_112:KAWAN ker AWEK??

d_b:kawan je la.

aya_112:yer ker??

d_b:yer la…

aya_112:ok…

d_b:apasal?? Tak caya ker??

aya_112:entah la…

d_b:lantak kau la, nak caya atau tak.

aya_112:ok… aku caya. Lagipun cam la aku kisah sanggat kau ada awek ker tak

d_b:erm… kau sekolah mana??

aya_112:sekolah di sekolah lah… huhuhu

d_b:kau nie kan

aya_112:amboi… merajuk ker??

d_b:takde maknya aku nak merajuk. macam lah kau nak pujuk

aya_112:memang…

d_b:memang apanyer??

aya_112:memang aku tak nak pujuk kau. huhuhu

d_b:lantak kau lah

aya_112:ok…

d_b:harinie ok??

aya_112:maksud kau??

d_b:yer lah… selalunya kau asyik sangat citer dekat aku bila kau pergi sekolah. Apa yang kau buatlah, itulah, inilah naik bosan juga aku. Tapi ari… takde nak citer??

aya_112:malas lah nka citer. Takde mood. Buat sakit hati jer

d_b:apasal??

aya_112:malaslah nak citer

d_b:ok… nanti-nati kau citer kat aku tau. Nak juga tahu, sebab apa yang boleh buat sakit hati

aya_112:tengoklah dulu, kalau aku ada mood

d_b:ok…

aya_112:ok lah, aku nak out dulu, salam

d_b:ok… wasalam

tak sangka pula aku, yang d_b nie satu negeri dengan aku dah. Aku suka sanggat chat ngan dia. macam dah kenal bertahun-tahun, padahal… aku baru kenal 3 setahun je. kiranya bertahun gak la tu.Semoga kita aku berjumpa satu hari nanti ye d_b.

Sabtu, 5 Disember 2009

Dia??? 7

“Dania, sekarang nie aku jarang tengok kau baca novel. Apasal?”tanya Syamimi pada satu malam semasa Syamimi dan Shuhada tidur di rumahku.

"betul kata Syamimi. Kalau dulu boleh kata kau sentiasa dengan novel. Sampai aku rasa nak jer bakar semua novel kau. Tapi sekarang nie bila ada novel baru kat perpustakan atau di kedai-kedai buku, kau buat dek jer. Kalau dulu dalam sebulan kau mesti beli 2 hingga 5 buah novel. Tapi sekarang nie aku tengok kau dah tak beli. Apasal?”terang Shuhada panjang lebar

“saja”pendek sahaja jawapan aku. Kalau aku jawab soalan bahasa melayu macam nie, mesti Cikgu Aziz bagi 1 markah sahaja. itu pun kalau betul. Kalau tak, mesti markahnya 0.

“saja kau kata. Jawablah betul-betul. Atau kau ada hobi baru-baru nie?”tanya Syamimi.aku memandang syamimi…

Kenangan yang lalu

“Dania”aku hanya angguk sahaja aku masih membaca novel di tangan aku

“Dania”aku masih angguk tanpa mengoleh kearahnya

“Dania”panggil sekali lagi Akip. Aku pandang kearahnya. Aku menutup novel yang aku baca sebentar tadi untuk memberi tumpuan pada Akip yang dari tadi asyik panggil aku

“Dania memang suka baca novel ke?”aku tersenyum mendengar soalan daripada Akip.

“ya. Dania terlalu suka baca novel. Sampai ada seketika Dania tidur pukul 3.00 pagi untuk menghabiskan novel yang Dania baca. Sebab terlalu ingin tahu apakah kesudahanya. Nanti kalau tak baca sampai habis, perasaan tidak puas dalam hati akan timbul. Ye la, sebab Dania tak tahu apa kesudahanya. Kenapa Akip tanya macam itu?”soalku pula

“ye la. kadang-kadang Akip tengok Dania macam orang tak beberapa betul. Yela sekejap Dania ketawa, kemudia menagis lepas tu macam orang nak marah pula dan macam-macam lagilah”terang Akip

“sampai hati Akip kata Dania tak betul”aku pura-pura merajuk. nak tengok Akip gelabah atau tidak

“bukan macam tu. Akip bukan anggap Dania macam tu. Macam tadi Akip kata, macam-macam reaksi yang Dania tunjuk bila Dania baca novel”terang Akip. aku hanya senyum sahaja.

“memanglah macam-macam reaksi yang akan Dania tunjuk. Sebab Dania akan anggap Dania yang menjadi watak itu. Kita kenalah baca dengan penuh perasaan. Kalau tak baca dengan penuh dengan perasaan, baik tak usah baca. Buat sakit hati sahaja sebab tak faham jalan cerita”terangku padanya

“Dania tak rasa membazir ker baca novel cinta. Bukan dapat faedah pun bahkan membuang masa dengan begitu sahaja. baik ulang kaji pelajar jer”aku rasa nak marah sahaja dekat Akip nie, sesuka hati dia sahaja nak kutuk hobi aku. Tapi mungkin dia tak faham tentang novel ini

“Akip. bagi Danialah bila baca novel cinta atau novel apa-apa pon kita akan mendapat pelbagai pengalaman yang mungkin kita tak akan dapat. Pengalaman yang mungkin amat pedih kita rasa atau sebagainya. Selain itu, Dania akan dapat banyak pengajaran boleh kita dapat daripada membaca novel Dan lagi satu, Dania tak rasa membaca novel membuang masa. Cuba Akip fikir kalau Dania tak baca novel dan Dania pergi buat pekara-pekara yang tak berfaedah atau tak bermoral seperti keluar siang balik tengah malam dan macam-macam lagilah. ”terangku panjang lebar.

“memang betul apa yang dikatakan oleh Dania. tapi Dania boleh isikan masa terulang itu dengan ulang kaji pelajaran”Akip masih tidak mahu mengalah

“habis itu Akip nak Dania 24 jam belajar ker? Nanti tak pasal-pasal Dania gila sebab terlalu asyik baca buku PELAJARAN” sengaja aku menekan perkatan pelajaran

“Dania janganlah kata macam itu. Akip tahu Dania terasa dengan kata-kata Akip. Akip minta maaf”rayu Akip. memang aku terasa juga dengan kata-kata Akip. tapi.. entah lah.

“okey. Dania boleh maafkan Akip. Tapi ada syarat”kataku.sengaja aku ingin kenakan syarat pada Akip. ingin tahu sama ada dia benar-benar ingin minta maaf padaku atau sekadar bersahaja.

“apa syaratnya?”soal Akip. aku tersenyum mendengar soalan daripadanya

“sya….”

“Dania!!”jerit satu suara. Terus hilang banyangan Akip. aku memandang kearah Syamimi dengan penuh kebinguan

“kenapa?”soalku

“kenapa kau kata. Wei Dania, kau nie apasal dari tadi aku dan Shuhada cakap dengan kau, rupa-rupanya aku dengan Shuhada cakap dengan tunggul kayu. Kau boleh buat dek jer. Sakit hati aku tau bila tengok kau buat dek jer ngan kitorang”kata Syamimi. Aku lihat Syamimi ini macam nak makan aku jer

“sorrylah. Aku tak dengar apa yang korang katakan. Sorry ye”pujukku

“sorry naik lori lah”kata Shuhada

“ala jangan kata macam itu. Maaflah. Aku betul-betul minta maaf nie”pujukku

“boleh, dengan syarat esok kau kena belanja kitorang ais krim ”aku terkedu mendengar syarat dari Syamimi. Itulah syarat yang aku kenakan pada Akip satu masa yang lalu. Aku hanya tersenyum kelat sahaja. aku angguk sebagai jawapan yang aku setuju.