CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 11 Disember 2009

Dia??? 8

“aku tengok kau seminggu dua nie, kau asyik termenung sahaja. kenapa?”soal Aiza semasa kami menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Zairol.

“tak ada apa-apalah. Aku ok jer. Kau jangan risaulah”kataku. Aku cuba terselindung, padahal dalam hati aku berfikir sesuatu hingga menganggu fikiran aku jugalah. Iaitu aku tidak dapat lupakan Akip. wahai hati, kenapalah kau susah sangat nak lupakan Si Akip tu?? ‘sebab kau sayangkan Akip’ jawab si hati. Cis.. bukan hati aku yang jawab, tapi aku yang jawab sendiri. Boleh blah kau nie Dania. Ya Allah mudahkanlah aku melupaknya jikalau dia bukan untukku. Amin.

“kau tak nak keluar rehat ke?”soal Syamimi padaku. Aik? Mana Aiza? Tadi bukan dia ada disebelah aku ke? Aku mencari Aiza, tapi tiada.

“kau cari apa?”soal Shuhada apabila melihat aku tercari-cari

“Aiza”jawabku jujur

“dia dah pergi kantin”jawab Syamimi. La… masa bila dia pergi kantin? Arh.. biarkan lah. Aku mengikut Shuhada dan Syamimi pergi kantin. Sebaik sahaja sampai di kantin, aku segera membeli roti jagung. Entah kenapa aku tidak selera hendak makan. Aku hanya memandang Shuhada dan Syamimi makan nasi ayam.

“kamu tak makan nasi, Dania?”tanya seseorang. Aku segera memandang orang tersebut. Aku senyum sahaja.

“saya tak beberapa selera nak makan Cikgu”kataku pada Cikgu Alex. Cikgu Alex menarik kerusi di hadapanku, lalu dia duduk.

“kenapa sejak- sejak ini, cikgu tengok kamu kurang semangat sahaja. kenapa? Kamu ada masalah ke?”soal Cikgu Alex ingin tahu. Aku diam sebentar sebelum aku menjawab.

“tak ada sebarang masalah cikgu. Saya ok je”jawabku

“baguslah kalau tak ada masalah. Kalau ada masalah, kamu boleh datang berjumpa cikgu. Manalah tahu cikgu boleh tolong”cadangnya. kalau aku citer dekat Cikgu pon. taktentu lagi cikgu boleh tolong

“kalau saya ada sebarang masalah, insyaAllah saya datang jumpa cikgu”kataku. Cikgu Alex bangun.

“baguslah macam itu, cikgu pergi dulu” Cikgu Alex pergi tinggalkan aku, Shuhada dan Syamimi. Sejak Cikgu Alex tegur aku, Syamimi dan Shuhada hanya diam sahaja. tak menyampuk langsung. Takkan bisu kawan-kawan kesayangku ini.

“korang berdua nie apasal? Diam dari tadi je”tanyaku pada mereka. mereka hanya senyum sahaja. apasal dengan diorang nie??? takkan kena rasuk dengan hantu senyum kot

“kitorang malas nak menyampuk. Karang kitorang ganggu pula”kata Syamimi. yang si Shuhada nie ketawa bila Syamimi cakap begitu. lucuker?? hairan aku dengan perangai diorang nie

“nak menganggu apa bendanya. Tak ganggu langsunglah. Korang dah habis makan, kan? Jom masuk kelas. Sudahlah sekejap lagi Cikgu Fazlina masuk"malas nak layan dua orang manusia nie.

Hari ini aku tiba dirumah agak lewat berbanding sebelum ini. Kerana kau perlu menolong Cikgu Fazlina. Sebaik sahaja aku tiba di rumah, aku solat asar. Sebaik sahaja aku selesai solat asar, aku membuka komputer dan online ym aku. Sudah lama aku tidak membuka ym aku. Di ym, aku sering chatting dengan kawan-kawan siber. Terutamanya dengan d_b. aku suka chat denganya. Yang aku tahu tentang dia ialah, dia asal Melaka. umur sama denganku iaitu 16 tahun. Dia lelaki. Namanya?? Aku juga tak tahu. Pernah juga aku tanya namanya. Tapi dia kata, lebih baik kita tak kenal seseorang terutama di dunia siber, sebab apabila tak kenal kita taklah malu untuk berkongsi masalah. Kata dialah. Aku pon tak tahu sangat. Tapi bila fikir-fikir balik, betul juga kata dia. biarlah. Setiap individu mesti ada pendapat masing-masing, kan? Aku lihat dia on9.

aya_112:Salam

d_b: wasalam. Apa khabar??

aya_112:aku baik je, kau??

d_b:macam kau juga, alhamdulilah, sentiasa sihat. Lama kau tak on9… hilang kemana??

aya_112:tak hilang kemana pon. Cuma aku bz sikit je.

d_b:owh… bz sebab apa??

aya_112:sekolah lah… banyak giler kerja sekolah yang cikgu bagi. Naik pening juga aku. Kalau soalan senang, takpelah juga, nie… susah nak mampus.

d_b:biasalah, nama pon KERJA SEKOLAH

aya_112:memanglah. Tapi janglah banyak sanggat. tak larak aku nak buat

d_b:kau tinggal kat kedah kan??

aya_112:yup.. apasal??

d_b:takdelah. Aku sekarang nie tinggal di kedah juga

aya_112:owh… yer jer?? tak citer pon

d_b:macam mana nak citer, kau tak online.

aya_112:ops.. terlupa. Apasal kau boleh sesat di kedah nie??

d_b:sebab aku terpaksalah. Mak dan ayah aku ditukarkan kesini

aya_112:owh… sejak bila kau pindah ??

d_b:baru je, minggu lepas.

aya_112:owh… amacam tinggal kat kedah?? Ok ker ko??

d_b:ok lah juga.

aya_112:ok lah juga??? Apasal??

d_b:tak de pape lah..

aya_112:macam tak best je pindah ke kedah

d_b:takde lah cam tu, Cuma aku selalu ingat kat kawan-kawan aku di Melaka je.

aya_112:KAWAN ker AWEK??

d_b:kawan je la.

aya_112:yer ker??

d_b:yer la…

aya_112:ok…

d_b:apasal?? Tak caya ker??

aya_112:entah la…

d_b:lantak kau la, nak caya atau tak.

aya_112:ok… aku caya. Lagipun cam la aku kisah sanggat kau ada awek ker tak

d_b:erm… kau sekolah mana??

aya_112:sekolah di sekolah lah… huhuhu

d_b:kau nie kan

aya_112:amboi… merajuk ker??

d_b:takde maknya aku nak merajuk. macam lah kau nak pujuk

aya_112:memang…

d_b:memang apanyer??

aya_112:memang aku tak nak pujuk kau. huhuhu

d_b:lantak kau lah

aya_112:ok…

d_b:harinie ok??

aya_112:maksud kau??

d_b:yer lah… selalunya kau asyik sangat citer dekat aku bila kau pergi sekolah. Apa yang kau buatlah, itulah, inilah naik bosan juga aku. Tapi ari… takde nak citer??

aya_112:malas lah nka citer. Takde mood. Buat sakit hati jer

d_b:apasal??

aya_112:malaslah nak citer

d_b:ok… nanti-nati kau citer kat aku tau. Nak juga tahu, sebab apa yang boleh buat sakit hati

aya_112:tengoklah dulu, kalau aku ada mood

d_b:ok…

aya_112:ok lah, aku nak out dulu, salam

d_b:ok… wasalam

tak sangka pula aku, yang d_b nie satu negeri dengan aku dah. Aku suka sanggat chat ngan dia. macam dah kenal bertahun-tahun, padahal… aku baru kenal 3 setahun je. kiranya bertahun gak la tu.Semoga kita aku berjumpa satu hari nanti ye d_b.

0 ulasan: