CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 10 Januari 2010

Dia??? 9

hari hie aku betul-betul bangun lewat. Sebab semalam aku tidur lewat. Aku baca novel sampai 3.30 pagi. Huhuhu. Best giler citer tu. Walaupun aku sememangnya bertolak dari rumah lewat. Tapi taklah selewat macam nie. Aku lihat jam ditangan kananku, menunjukkan pukul 7.45 pagi. Aku tergesa-gesa menunggang basikal, tanpa aku sedar, aku telah terbabas dan jatuh. Aduh.. sakitnyer. Aku lihat kakiku. Luka, apasallah waktu macam ini lah pula nak luka. Aku cuba bangun, tetapi aku duduk semula kerana tidak dapat menahan sakit. Tiba-tiba, ada tangan yang cuba menolongku. Aku lihat tuan punya tangan tersebut. Aku terpaku melihatnya. Kacak giler. Aku macam terawang-awangan. Aduh… bahagianya kalau dia jadi pakwe aku. Huhuhu. Gatal sungguh kau nie.

“awak okey tak?”Tanya lelaki itu. Aku hanya angguk sahaja. Kerana aku betul-betul tak dapat membuat apa-apa. “perlu pertolongan?”Tanyanya lagi. Aku hanya angguk sahaja. Dia menolong aku bangun. “rumah awak dekat mana?”tanyanya lagi. Aku menunjuk dimana rumah aku. Sememangnya rumah aku tidak sampai 80 meter dari tempat yang aku dan dia berdiri.”mari saya hantar awak dengan motorsikal saya”katanya. Aduh… baiknya dia. Untung siapa yang dapatnya.

“tapi… basikal saya?”tanyaku

“awak biarkan dahululah. Nanti saya datang ambil untuk awak”katanya. Dia membawa aku ke motorsikalnya yang tidak jauh dari tempat kami tadi. Tidak sampai 5 minit aku sudah berada dihadapan rumahku. Aku memberi salam. Mak menjawab sambil terkerkejut. Ye la.. melihat aku dengan cedera dikaki. Aku mencerita segala yang terjadi pada mak. Pada mulanya emak ingin marah, tetapi dihalang oleh lelaki tersebut. Emak masuk ke dapur untuk membuat air untuk lelaki tersebut setelah selesai merawat lukaku.

“terima kasih atas pertolongan awak tu”kataku.

“tak ape. Hari nie awak perlu pertolongan, manalah tahu esok lusa, saya pula yang perlu. Owh ya, nama saya Darius . awak?”soalnya

“Dania. Maaflah, sebab saya awak terpaksa pergi sekolah lewat”mintaku. Ye la, sebab aku, dia pergi sekolah lewat. Tak pasal-pasal dia mungkin kena marah dengan pengawas sekolah dia.

“takpe. Lagipun hari ini sekolah saya ada hari ko. Kalau tak pergi pon, takpe. Awak sakit lagi ker?”soalnya. aduh, baiknyer dia tanya tentang aku.

“saya okey je. Awak sekolah mana?”tanyaku

“saya sekolah di SMK Ayer Hitam. Tingkatan 4. Awak?”terangnya

“saya tingkatan 4 juga. Sebelum ini saya tak pernah tengok awak pon”kataku. Aku memang tak pernah lihat dia.

“takde jodoh kot. Tapi kita pernah jumpa lah, mungkin awak tak perasan kot”

“yer ker? Bila?”hairan juga aku. Masa bila aku jumpa dia

“ada, minggu lepas kalau tak silap saya. Waktu tu awak nak pergi sekolah, awak tengok saya, macam tak pernah tengok orang je waktu tu”owh.. baru aku ingat, dia lah yang aku tengok waktu tu. Ala.. waktu aku nak pergi sekolah, pastu dia dok jalan kaki, tapi aku tak nampak sanggat muka dia, sebab aku rabun jauh.

“sorry la waktu tu. Saya bukan tak pernah tengok orang. Tapi saya tak dapat melihat awak sanggat. Sebab saya rabun jauh. Waktu tu saya tak pakai cermin mata. Dan, saya hanya pakai cermin mata bila saya belajar je”terangku panjang lebar “lepas tu kita tak pernah berjumpa, kan?”Tanyaku

“taklah, lepas tu ada juga kita jumpa, Cuma waktu tu saya tak jalan kaki dah, sebab saya sudah ada motor. Saya selalu tengok awak. Kadang-kadang tu, bila jumpa awak, nak tergelak juga”katanya sambil ketawa. Aku hairan, apasal dia ketawa

“kenapa pula?”soalku hairan dan ingin tahu

“ye la, saya jarang tengok gadis yang makan sambil menunggang basikal. Sudah lah waktu tu sekolah awak dah mula perhimpunan. Awak pula, boleh menunggang basikal lambat-lambat, macam nak pergi berkelah je”katanya. Kemudian dia tergelak. Aku juga ikut ketawa bila ingat semula kejadian yang dia cerita.

“sudah-sudah lah tu. Mari minum”kata emak . emak meletak air dihadapan aku dan dia. Kemudian emak tinggalkan aku dan dia. Kemudian kami berbual hingga tengah hari. Aku menjemput dia makan tenggah hari bersama. Dan dia bersetuju.

0 ulasan: