CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Terdapat ralat dalam alat ini

Sabtu, 17 Julai 2010

Dia??? 10

“kau dah okey ke?”Tanya Syamimi, sememangnya hanya kawan-kawan aku tahu tentang kemalangan tersebut. Ye la,zaman dah cangih, teknologi semakin maju. Aku pon gunalah teknologi untuk bagi tahu dekat kawan-kawan aku sebab aku aku tak datang sekolah.takot mereka risau pula.

“aku okey je lah. Korang pon satu, bukan nak datang melawat”konon-konon aku merajuk lah. Padahal tak pon

“eleh, yang kemarin dulu aku ngan Syamimi pergi melawat tu apa? Tak melawat kau ker?”aku tersenyum…

“ala, aku gurau je pon. Itu pon nak kecoh. Mana Zam dan Tarmizi? Rindulah pula kat diorang”katku. Sungguh, aku rindulah juga kat diorang. Kalau tak, hari-hari aku dok menyakat diorang.

“Betul ker ada orang tu rindu kat kita?”Tanya Zam pada Tarmizi. Eleh nak kenakan aku lah tu.

“entah lah. Aku dengar kata dia rindu kat kitalah”kata Tarmizi pula. Boleh blah lah diorang nie, buat sakit hatilah pula. Tapi aku tersenyum kemudian.

“sapa yang rindu korang berdua?”kataku.

“entah, manusia mana entah”kata Zam

“sudahlah, aku mengakulah juga, yang aku rindu korang berdua. Sudahlah korang bukan nak melawat aku”konon-konon aku merajuk.

“sapa kata kami tak nak melawat kau. Kemarin punyalah semangat aku dan Zam nak pergi rumah kau. Alih-alih bila nak masuk dalam kawasan rumah kau, aku tengok kau asyik berbual dengan sorang mamat nie. Bahagia giler aku tengok. Pastu, kami pon batalkanlah niat nak pergi melawat kau. Takut menganggu je”kata Tarmizi panjang lebar.

Aduh… diorang perasan ker aku berbual dengan Darius. Ala… malunya. Aku lihat muka Syamimi dengan Shuhada.aku dah agak dah, diorang terkejut. Aku perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan daripada Syamimi dengan Shuhada nie. Kalau tak, naik pening gak lah aku nak menjawab. Ye la, waktu diorang berdua datang rumah aku, aku tak cerita siapa yang tolong aku pon.

“okey-okey, aku jawab apa yang seharusnya aku menjawab, korang berdua tak payah susah nak tanya aku siapa mamat tu. Aku pernah ceritakan, aku diselamatkan oleh seseorangkan? Dia lah yang tolong aku. Nama dia Darius. kacak gak la. Tapi memang kacak pon. Dia sekolah SMK Ayer Hitam, umur dia 16 tahun,sama ngan kita”terangku panjang lebar

“jadi kau tipu aku ngan Mimi la, yang kononnya kau diselamatkan oleh pakcik nie lah, tulah nie lah. Padahal kau tipu aku hidup-hidup”kata Shuhada. Aku tersengih sahaja.

“ala, aku memang sengaja tipu korang berdua. Nanti-nanti aku yang hampir nak ok, ke ko pula. Sebab nak jawab soalan-soalan daripada korang berdua. Polis pon kalah bila tanya soalan, tahu tak”kataku

“ye la. Kau tak nak kenalkan kepada kami ke?”Tanya Syamimi

“nanti-nanti aku kenalkan”kataku

“tapikanDania, waktu aku dengan Zam pergi rumah kau, bukan kitorang je, Iqram pon pergi juga. Kesian aku tengok dia. Ingat nak tengok kau. Alih-alih tengok kau dengan Darius. kesian jugalah”kata Tarmizi

“biarlah. Ada aku kisah. Baik dia ambil kisah tentang Shahirah”kataku

“tapi saya nak ambil kisah tentang awak juga”kata satu suara dari belakang aku. Aku tahu siapa dia, iaitu Iqram. Malas aku nak tengok dia. Bukan dapat dapat faedah pon.

“terpulang pada kaulah Iqram. kau boleh ambil kisah tentang aku, tapi hanya sebagai seorang kawan sahaja, kerana aku tahu, kau perlu mengambil kisah seorang gadis ini. Walaupun kau tak sedar, yang dia mungkin akan menjadi sebahagian daripada hidup kau dimasa hadapan”kataku. Syamimi, Shuhada, Zam dan Tarmizi hanya diam sahaja

“tapi bagaimana, kalau gadis itu adalah kau, Dania?”tanyanya

“aku bukan nak menolak takdir, tapi aku yakin, bahawa gadis itu bukan aku”kataku, aku masih tidak memandangnya

“habis itu siapa?”

“seperti aku kata tadi, kau perlu ambil kisah tentang Shahirah. Mungkin kau fikir yang Shahirah sekadar nak mempermainkan kau, atau saja-saja. Tapi bagi aku, dia betul cintakan kau. Mungkin kau tak sedar selama ini, tapi dari pemerhatian aku, cintanya pada kau betul-betul ikhlas dari sanubari hati. Tak seperti mana dia berkasih dengan orang lain. Sejak dia kenal kau, dia sudah tidak menjadikan lelaki-lelaki disekolah ini atau di mana-mana sebagai tempat untuk dia bermain atau lepaskan geram. Mungkin korang semua tak kenal dia sebetul-betulnya. Walaupun aku asyik kata dia minah gedik, tapi dalam hati aku, dia adalah kawan yang baik. korang tak tahu, apa kisahnya yang terjadi waktu kecil hingga menyebabkan dia menpermainkan lelaki. Bila kau kenal dia sebetul-betulnya, dia adalah gadis yang baik. Cuma apa yang terjadi padanya yang telah buatkan dia macam itu. Mungkin kau akan rasa menyesal bila kau tahu kisah hidupnya” sebaik sahaja aku kata panjang lebar, ada seseorang yang memeluk aku. Aku lihatnya. Shahirah. Aku betul-betul tergamam

“aku minta maaf banyak-bayak dekat kau, Dania. Aku asyik anggap kau bukan-bukan. Padahal kau sentiasa baik dekat aku. Aku je yang selalu buat kau sakit hati. Aku betul-betul minta maaf”kata Shahirah. Aku menangis bila mendengar kata-katanya.

“takpe. Aku pon ada salah dekat kau juga. Aku dok kata kau nie minah gediklah, itulah inilah. Aku minta maaf ye”kataku. Kami terus berpeluk tanpa aku sedar, ramai melihat kejadian tersebut.

Ahad, 10 Januari 2010

Dia??? 9

hari hie aku betul-betul bangun lewat. Sebab semalam aku tidur lewat. Aku baca novel sampai 3.30 pagi. Huhuhu. Best giler citer tu. Walaupun aku sememangnya bertolak dari rumah lewat. Tapi taklah selewat macam nie. Aku lihat jam ditangan kananku, menunjukkan pukul 7.45 pagi. Aku tergesa-gesa menunggang basikal, tanpa aku sedar, aku telah terbabas dan jatuh. Aduh.. sakitnyer. Aku lihat kakiku. Luka, apasallah waktu macam ini lah pula nak luka. Aku cuba bangun, tetapi aku duduk semula kerana tidak dapat menahan sakit. Tiba-tiba, ada tangan yang cuba menolongku. Aku lihat tuan punya tangan tersebut. Aku terpaku melihatnya. Kacak giler. Aku macam terawang-awangan. Aduh… bahagianya kalau dia jadi pakwe aku. Huhuhu. Gatal sungguh kau nie.

“awak okey tak?”Tanya lelaki itu. Aku hanya angguk sahaja. Kerana aku betul-betul tak dapat membuat apa-apa. “perlu pertolongan?”Tanyanya lagi. Aku hanya angguk sahaja. Dia menolong aku bangun. “rumah awak dekat mana?”tanyanya lagi. Aku menunjuk dimana rumah aku. Sememangnya rumah aku tidak sampai 80 meter dari tempat yang aku dan dia berdiri.”mari saya hantar awak dengan motorsikal saya”katanya. Aduh… baiknya dia. Untung siapa yang dapatnya.

“tapi… basikal saya?”tanyaku

“awak biarkan dahululah. Nanti saya datang ambil untuk awak”katanya. Dia membawa aku ke motorsikalnya yang tidak jauh dari tempat kami tadi. Tidak sampai 5 minit aku sudah berada dihadapan rumahku. Aku memberi salam. Mak menjawab sambil terkerkejut. Ye la.. melihat aku dengan cedera dikaki. Aku mencerita segala yang terjadi pada mak. Pada mulanya emak ingin marah, tetapi dihalang oleh lelaki tersebut. Emak masuk ke dapur untuk membuat air untuk lelaki tersebut setelah selesai merawat lukaku.

“terima kasih atas pertolongan awak tu”kataku.

“tak ape. Hari nie awak perlu pertolongan, manalah tahu esok lusa, saya pula yang perlu. Owh ya, nama saya Darius . awak?”soalnya

“Dania. Maaflah, sebab saya awak terpaksa pergi sekolah lewat”mintaku. Ye la, sebab aku, dia pergi sekolah lewat. Tak pasal-pasal dia mungkin kena marah dengan pengawas sekolah dia.

“takpe. Lagipun hari ini sekolah saya ada hari ko. Kalau tak pergi pon, takpe. Awak sakit lagi ker?”soalnya. aduh, baiknyer dia tanya tentang aku.

“saya okey je. Awak sekolah mana?”tanyaku

“saya sekolah di SMK Ayer Hitam. Tingkatan 4. Awak?”terangnya

“saya tingkatan 4 juga. Sebelum ini saya tak pernah tengok awak pon”kataku. Aku memang tak pernah lihat dia.

“takde jodoh kot. Tapi kita pernah jumpa lah, mungkin awak tak perasan kot”

“yer ker? Bila?”hairan juga aku. Masa bila aku jumpa dia

“ada, minggu lepas kalau tak silap saya. Waktu tu awak nak pergi sekolah, awak tengok saya, macam tak pernah tengok orang je waktu tu”owh.. baru aku ingat, dia lah yang aku tengok waktu tu. Ala.. waktu aku nak pergi sekolah, pastu dia dok jalan kaki, tapi aku tak nampak sanggat muka dia, sebab aku rabun jauh.

“sorry la waktu tu. Saya bukan tak pernah tengok orang. Tapi saya tak dapat melihat awak sanggat. Sebab saya rabun jauh. Waktu tu saya tak pakai cermin mata. Dan, saya hanya pakai cermin mata bila saya belajar je”terangku panjang lebar “lepas tu kita tak pernah berjumpa, kan?”Tanyaku

“taklah, lepas tu ada juga kita jumpa, Cuma waktu tu saya tak jalan kaki dah, sebab saya sudah ada motor. Saya selalu tengok awak. Kadang-kadang tu, bila jumpa awak, nak tergelak juga”katanya sambil ketawa. Aku hairan, apasal dia ketawa

“kenapa pula?”soalku hairan dan ingin tahu

“ye la, saya jarang tengok gadis yang makan sambil menunggang basikal. Sudah lah waktu tu sekolah awak dah mula perhimpunan. Awak pula, boleh menunggang basikal lambat-lambat, macam nak pergi berkelah je”katanya. Kemudian dia tergelak. Aku juga ikut ketawa bila ingat semula kejadian yang dia cerita.

“sudah-sudah lah tu. Mari minum”kata emak . emak meletak air dihadapan aku dan dia. Kemudian emak tinggalkan aku dan dia. Kemudian kami berbual hingga tengah hari. Aku menjemput dia makan tenggah hari bersama. Dan dia bersetuju.